Polis cedera digigit penagih dadah curi kabel elektrik - Utusan Malaysia

Polis cedera digigit penagih dadah curi kabel elektrik

PEGAWAI polis Mueang Krabi menunjukkan kesan luka akibat digigit suspek yang mencuri kabel di wilayah Krabi kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki yang sedang khayal akibat dadah bertindak menggigit lengan seorang pegawai polis ketika ditahan kerana mencuri bekalan tenaga elektrik di wilayah Krabi di selatan Thailand kelmarin.

Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah (PEA) sebelum ini dimaklumkan mengenai beberapa wayar yang mencurigakan menuju ke rumah Natthaphong, 31, di daerah Tap Prik.

Natthaphong dilaporkan mencuri bekalan tenaga dengan menyambung wayar dari tiang elektrik terus ke rumahnya secara berbahaya dan tidak memasang meter, menyebabkan PEA tidak dapat mengesan penggunaan tenaga elektriknya.

Kelmarin, pegawai PEA dan pegawai polis Mueang Krabi cuba menyerbu rumah Natthaphong namun suspek yang sedang khayal dengan dadah jenis methamphetamine tidak membenarkan polis masuk ke dalam rumahnya.

Lelaki itu tiba-tiba menyerang pegawai polis berkenaan dan menggigit lengannya, menyebabkan kesan luka yang dalam sebelum cuba melarikan diri. 

Tetapi pegawai polis pantas mengejar dan menggarinya untuk menghalang lelaki itu daripada menyerang lagi.

Jiran suspek, Wisa Rakkuea, 56, memberitahu polis, Natthaphong seorang yang ganas dan penagih dadah, malah pada September lalu, dia pernah menyerang jirannya itu dengan pisau.

“Saya pernah memfailkan laporan polis menuduh Natthaphong cuba membunuh, tetapi tiada tangkapan dibuat berhubung laporan itu,” kata Wisa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya