Pil antiviral baharu China alternatif berkesan rawat Covid-19 - Utusan Malaysia

Pil antiviral baharu China alternatif berkesan rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pil antiviral China baharu boleh dijadikan sebagai alternatif yang berkesan merawat Covid-19 selain ubat oral Paxlovid.

Lapor Channel News Asia, keputusan percubaan klinikal yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine Rabu lalu menunjukkan bahawa ubat VV116 sama efektifnya dengan Paxlovid dalam membendung gejala ringan dan sederhana Covid-19 pada orang dewasa yang berisiko jika penyakit itu bertambah buruk.

Percubaan Fasa 3 yang diadakan di China melibatkan 822 peserta mendedahkan, pesakit yang baru didiagnosis yang mengambil VV116 pulih selepas median empat hari, manakala mereka yang mengambil Paxlovid pulih selepas median lima hari.

Kajian itu juga menyimpulkan bahawa peserta yang mengambil VV116 sehingga pemulihan klinikal mereka daripada Covid-19 kurang mendapat kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, keberkesanan ubat baharu untuk pemulihan klinikal, penyelesaian gejala dan pencegahan Covid-19 masih tidak diketahui berbanding Paxlovid.

Malah profil keselamatan ubat antiviral VV116 juga belum dinilai sepenuhnya.

Keputusan kajian dikeluarkan ketika lonjakan jangkitan di seluruh China selepas Beijing mengumumkan pelonggaran dasar sifar Covid.

Hospital China berdepan tekanan hebat kerana lebih ramai warga China dijangkiti Covid-19, dengan negara itu mengalami kekurangan ubat khusus merawat virus itu.

Paxlovid kekurangan bekalan di seluruh China dan Pfizer memaklumkan pada 13 Disember lalu, pihaknya sedang berusaha untuk menambah baik bekalan untuk memastikan akses yang mencukupi kepada ubat itu apabila kes meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya