Persembahan tarian gelek depan masjid di Singapura dikecam - Utusan Malaysia

Persembahan tarian gelek depan masjid di Singapura dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Komuniti Islam di republik ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah restoran yang menjual makanan Turkiye apabila menampilkan persembahan tarian gelek (belly dancing) melibatkan penari wanita dengan pakaian mencolok mata.

Hal ini kerana, kedudukan restoran tersebut berdepan dengan Masjid Sultan.

Menurut seorang jemaah di masjid tersebut yang dikenali sebagai Abu Jalal Sarimon, dia ternampak persembahan itu ketika keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

“Ketika itu, saya terdengar bunyi lagu yang kuat, selain orang ramai mengerumuni kawasan restoran tersebut.

“Bila datang dekat, saya ternampak mereka dipersembahkan dengan tarian gelek oleh seorang penari wanita yang berpakaian amat seksi.

“Saya berjumpa dengan pemilik restoran dan dia maklumkan, dia bukan Islam dan oleh hal yang demikian, saya nasihatkan beritahu tidak wajar buat persembahan sedemikian di luar masjid,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Mediacorp.

Selain itu, Abu Jalal juga memberitahu kepada pemilik kedai supaya lebih sensitif mengenai agama biarpun komuniti Islam di republik ini bukan penduduk majoriti.

Abu Jalal turut memuat naik gambar berkenaan dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna.

Antara komen yang diterima termasuk ‘hormatlah sikit, masjid di depan itu’ dan ‘kejadian ini menunjukkan mereka (pihak restoran) tiada kepekaan budaya’.

Abu Jalal juga menyatakan ada dalam kalangan pengunjung turut melahirkan rasa kurang selesa terhadap persembahan itu memandangkan kedudukan restoran berkenaan masjid, dan pakaian yang dikenakan penari wanita itu tidak bersesuaian.

“Ada orang yang lalu di situ juga tidak senang dengan persembahan terbabit. Mereka kata tidak ekolk dan kurang ajar kerana buat persembahan mencolok mata di luar masjid,” ujarnya.

Sementara itu, restoran berkenaan memaklumkan persembahan itu adalah sempena malam Krismas dan memberitahu selepas ini mereka akan lebih peka serta melakukan sebarang promosi di dalam premis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya