Penunjuk perasaan Kurdish bertempur dengan polis selepas tembakan di Paris - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan Kurdish bertempur dengan polis selepas tembakan di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penunjuk perasaan Kurdish bertempur dengan polis di Paris  selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pusat kebudayaan Kurdish dan salun dandanan rambut di bandar itu, menyebabkan tiga maut dan tiga lagi cedera.

Pasukan polis di luar pusat kebudayaan itu terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan apabila mereka cuba menembusi pagar polis yang melindungi Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin yang tiba di tempat kejadian.

Penunjuk perasaan bertindak membaling objek ke arah polis sebagai tindak balas selain membakar tong sampah dan mendirikan penghadang.

Tingkap beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan itu termasuk kereta polis turut dipecahkan oleh penunjuk perasaan yang membaling batu bata.

Beberapa penunjuk perasaan melaungkan slogan menyokong Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah organisasi Kurdish yang dilabel sebagai pengganas oleh Ankara, Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa badan lain.

Terdahulu, beberapa penunjuk perasaan cuba melepasi sekatan polis untuk sampai ke pusat kebudayaan itu.

Pusat kebudayaan dipanggil Centre Ahmet Kaya sering digunakan oleh badan amal untuk menganjurkan konsert dan pameran selain membantu diaspora Kurdish di rantau Paris.

Menurut Darmanin, penyerang itu yang merupakan seorang pesara pemandu kereta api berusia 69 tahun, jelas menyasarkan warga asing namun tidak dapat dipastikan sama ada suspek sengaja mahu membunuh warga Kurdish.

“Kami belum tahu motif sebenar suspek,” jelas Darmanin

Ditanya sama ada mana-mana mangsa dalam tembakan kelmarin mempunyai kaitan dengan PKK, Darmanin berkata, mereka tidak dikenali oleh perkhidmatan keselamatan Perancis.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya