Pam air, tambak tak mampu atasi banjir di Indonesia - Utusan Malaysia

Pam air, tambak tak mampu atasi banjir di Indonesia

PENDUDUK menyelamatkan kucing semasa banjir di Matangkuli, Aceh, minggu lalu.-AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Wilayah perairan utara Jakarta termasuk gugusan Kepulauan Seribu berpotensi dilanda banjir, angin kencang dan gelombang ombak tinggi sepanjang akhir tahun ini hingga awal tahun depan. 

Berdasarkan laporan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) DKI Jakarta, banjir dipercayai boleh melanda 17 kawasan jalan di Kelurahan. 

Bagi menghadapi situasi itu, Pejabat Gabenor DKI Jakarta, Heru Budi Hartono memastikan kesiapsiagaan pembinaan sejumlah pam air di ibu kota bagi berhadapan risiko banjir yang bakal melanda. 

Bagaimanapun, Pemerhati Perancangan Bandar Universiti Trisakti, Nirwono Yoga berpandangan sebanyak manapun pam air di Jakarta, ia tidak akan mampu memindahkan air banjir di pantai Jakarta. 

“Terutamanya kalau hujan lebat dan banjir besar berlaku di kawasan ibu kota,” katanya lapor Kompas.com. 

Menurut Nirwono, pembinaan tambak juga tidak berupaya menghalang air banjir melanda perairan Jakarta. 

Ini kerana, baginya, pembinaan tambak dan pam air hanya bersifat sementara dalam mengatasi banjir. 

Untuk rekod, Kerajaan Wilayah DKI Jakarta masih meneruskan pembinaan tambak bagi mengatasi banjir pada sejumlah kawasan di perairan utara Jakarta secara berperingkat hingga 2027. 

Sehingga tahun ini, pihak kerajaan menyasarkan pembinaan tambak sepanjang 2.09 kilometer (km) daripada sasaran 20.2 km secara keseluruhan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.