NZ rancang kenakan bayaran kepada Google, Meta untuk kandungan berita - Utusan Malaysia

NZ rancang kenakan bayaran kepada Google, Meta untuk kandungan berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand bakal memperkenalkan undang-undang yang memerlukan syarikat digital dalam talian seperti Alphabet Google dan Meta Platforms membayar syarikat media untuk kandungan berita tempatan yang dipaparkan pada platform mereka.

Menteri Penyiaran, Willie Jackson, berkata undang-undang itu akan dirangka berdasarkan undang-undang yang sama di Australia dan Kanada dan beliau berharap ia akan bertindak sebagai insentif untuk platform digital bagi mencapai perjanjian dengan saluran berita tempatan.

“Adalah penting bahawa mereka yang mendapat manfaat daripada kandungan berita itu untuk membayar kandungan daripada sumber,” katanya.

Perundangan baharu itu akan diundi di Parlimen, menyaksikan majoriti Parti Buruh yang mentadbir kerajaan dijangka meluluskannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya