Monyet ‘nakal’ campak beg pelancong berisi wang tunai RM6,384 jatuh tebing - Utusan Malaysia

Monyet ‘nakal’ campak beg pelancong berisi wang tunai RM6,384 jatuh tebing

PASUKAN renjer hutan membantu menyelamatkan beg berisi wang tunai yang dicampak seekor monyet di Taman Negara Khao Phra Wihan kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seekor monyet mencetus masalah di wilayah Srisaket di timur laut Thailand apabila mencuri beg seorang pelancong berisi wang tunai 50,000 baht (RM6,384) dan mencampakkannya ke tepi kawasan tebing yang tinggi kelmarin.

Renjer hutan di Taman Negara Khao Phra Wihan menerima panggilan daripada seorang wanita Thailand berusia 55 tahun, melaporkan kehilangan beg tersebut.

Wanita itu berkata, seekor monyet liar menarik begnya dan menggeledahnya sebelum membuangnya ke kawasan tebing Pha Mor E-Daeng kerana kecewa tidak menemui sebarang makanan di dalam beg itu.

Lapor thethaiger, pasukan renjer hutan yang prihatin turun ke bawah tebing mencari beg berharga itu malah menyiarkan secara langsung misi tersebut di Facebook untuk memastikan ketelusan menyeluruh memandangkan terdapat sejumlah wang, barang berharga dan dokumen penting di dalam beg itu.

Selepas turun lebih 100 meter, beg yang mengandungi wang tunai dan semua barang berharga itu ditemui dan dikembalikan kepada pemiliknya.

Namun pasukan renjer berkenan turut terkejut apabila mereka menemukan banyak barang berharga lain di dasar tebing, disyaki dicuri dan dilemparkan oleh monyet-monyet berkenaan.

Renjer tersebut mengumpulkan kesemua barang-barang itu dan  akan berusaha untuk memulangkan semula kepada pemiliknya.

Ketua Taman Negara Khao Phra Wihan memaklumkan monyet liar di kawasan itu agresif dan sentiasa merampas barangan daripada pelancong untuk mencari makanan. 

Renjer taman turut menasihatkan pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mengelak memberi makan kepada monyet-monyet berkenaan untuk kekal selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.