Ketua militan Daesh disahkan terbunuh dalam pertempuran - Utusan Malaysia

Ketua militan Daesh disahkan terbunuh dalam pertempuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kumpulan militan daesh mengumumkan ketuanya, Abu Hasan al-Hashimi al-Qurashi terbunuh dalam satu pertempuran.

Jurucakap Daesh memaklumkan, Abu Hasan maut ketika bertempur dengan ‘kumpulan musuh’ tanpa menjelaskan butiran lanjut.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menyatakan Abu Hasan terbunuh dalam satu operasi yang dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah Daraa di selatan Syria pada pertengahan Oktober lalu.

Kebanyakan kawasan di Daraa dikuasai pasukan tentera kerajaan Syria dan kumpulan pemberontak yang mencapai persetujuan dengan kerajaan.

Pada pertegahan Oktober lalu, Damsyik memaklumkan pasukan tenteranya melancarkan operasi bersama kumpulan pemberontak bagi menentang pergerakan Daesh.

Menerusi mesej rakaman audio, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi dilantik sebagai ketua baharu Daesh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya