Kes jangkitan 'kembar Covid-19' di AS semakin meningkat - Utusan Malaysia

Kes jangkitan ‘kembar Covid-19’ di AS semakin meningkat

VIRUS RSV menyerang ramai kanak-kanak di AS .-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kes jangkitan virus sinsitium pernafasan (RSV) meningkat mendadak di seluruh Amerika Syarikat (AS), menyebabkan banyak hospital kanak-kanak bergelut akibat masalah kekurangan katil.

Jururawat unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kanak-kanak Los Angeles, Hu-wen Sato berkata, hospital menerima jumlah kes yang amat tinggi melibatkan kanak-kanak hampir setiap hari dan kebanyakan hospital terpaksa membina khemah tambahan untuk menempatkan pesakit.

“Saya bekerja sebagai jururawat pediatrik selama 12 tahun tetapi tidak pernah melihat jumlah kes RSV yang begitu tinggi seperti yang berlaku tahun ini.

“Kemasukan besar-besaran seperti tidak berkesudahan di jabatan kecemasan kami, dan kami juga menerima panggilan yang tidak putus-putus dari hospital luar kerana masalah kekurangan katil yang mereka hadapi,” ujarnya.

Jelas Sato, lebih 70 peratus pesakit yang ditahan di wad hospital mengalami jangkitan pernafasan berbanding hanya sekitar 50 peratus sebelum ini dan keadaan itu diburukkan lagi dengan masalah kekurangan kakitangan dan jururawat.

RSV ialah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan yang merebak terutamanya melalui sentuhan atau batuk.

Virus ini biasanya menyebabkan gejala ringan tetapi boleh menjadi serius pada kanak-kanak dan orang tua.

Hospital kanak-kanak dan Akademi Pediatrik AS meminta pentadbiran Presiden, Joe Biden untuk mengisytiharkan kecemasan berhubung RSV tetapi pengumuman masih belum dibuat kerana kecemasan kesihatan awam perlu ditentukan berdasarkan data seluruh negara, trend sains, dan pandangan pakar kesihatan awam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya