Kerajaan baharu Israel pimpinan Netanyahu ‘lebih memusnahkan’

Kerajaan baharu Israel pimpinan Netanyahu ‘lebih memusnahkan’

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Lebih 1,000 tentera udara veteran Israel, termasuk bekas ketua turus tentera wilayah haram itu menggesa para pegawai tertinggi undang-undang Israel berdiri teguh menentang kerajaan akan datang di bawah pentadbiran Benjamin Netanyahu.

Menerusi surat kepada ketua Mahkamah Agung Israel dan pegawai tertinggi lain, kumpulan itu menyifatkan pakatkan parti haluan kanan yang berteraskan agama dan ultranasionalis itu bakal mengancam masa depan Israel.

Surat itu dihantar beberapa hari sebelum kerajaan gabungan baharu di bawah pimpinan Netanyahu mula mengambil alih tampuk pentadbiran.

“Kami mewakili semua lapisan masyarakat dan dari semua spektrum politik. Kami berkongsi kebimbangan yang sama mengenai demokrasi Israel yang semakin terancam,” jelas surat tersebut.

Selain itu, kumpulan tentera veteran berkenaan turut mendesak pegawai undang-undang untuk ‘melakukan sebaik mungkin dalam bidang kuasa mereka untuk menghentikan bencana yang boleh menjejaskan Israel’.

Pada pilihan raya 1 November lalu, parti pimpinan Netanyahu bergabung dengan parti ultra-ortodoks dan sayap kanan bagi meraih majoriti dalam Parlimen.

Biarpun rundingan gabungan itu belum mencapai kata putus, Netanyahu sudah pun memeterai beberapa perjanjian yang bakal memberi kuasa kepada rakan gabungan partinya mengenai pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.

Netanyahu dijangka kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu pada Khamis ini. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN