Kanak-kanak 8 tahun terperangkap dalam perigi di India - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun terperangkap dalam perigi di India

TANMAY Sahu terperangkap di dalam sebuah perigi ketika bermain di kawasan ladang di daerah Betul di Madya Pradesh.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pasukan penyelamat di bertungkus lumus untuk menyelamatkan seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang terperangkap dalam perigi selama lebih 16 jam di negeri Madya Pradesh.

Lapor Mail Online, kanak-kanak lelaki, Tanmay Sahu terjatuh ke dalam perigi lama yang tidak lagi digunakan sedalam 121.9 meter ketika dia bermain di sebuah kawasan ladang di kampung Mandavi di daerah Betul pada waktu petang Selasa lalu.

Majistret Betul, Shyamendra Jayaswal berkata, kanak-kanak itu mungkin tidak sedarkan diri kerana tidak bertindak balas selepas terperangkap di dalam perigi itu pada kedalaman 16.7 meter.

Jayaswal memberitahu agensi berita ANI, operasi menyelamat sudah dijalankan sejak pihak berkuasa menerima maklumat itu dan pelbagai usaha giat dilakukan untuk membawa keluar kanak-kanak itu.

“Pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan,  Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF), pasukan pengawal dan polis tiba di lokasi kejadian untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. 

“Kami mungkin memerlukan lebih banyak masa daripada yang kami jangkakan kerana terdapat banyak batu. Kami sudah memanggil mesin pemecah pada waktu malam untuk memecahkan batu. Jentera JCB dan mesin poclain juga digunakan,” jelasnya.

Bapa Tanmay, Sunil Sahu, memberitahu, anak lelakinya masih bernafas dan mendengar suaranya dari lubang kecil itu ketika kejadian berlaku.

Satu video yang dikongsi dalam talian menunjukkan orang ramai turut berkumpul ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan tiub kuning dimasukkan ke dalam lubang untuk memberikan bantuan oksigen kepadanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.