Gempa bumi 6.2 skala Richter gegar Taiwan - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.2 skala Richter gegar Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda pantai timur Taiwan hari ini, diikuti dengan beberapa gegaran susulan dirasai di ibu negara itu.

Menurut biro cuaca pusat, gempa bumi melanda sejurus selepas waktu tengah hari, kira-kira 30 kilometer (km) dari kawasan pantai di daerah Hualien, pada kedalaman 6km.

Terdahulu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) melaporkan bacaan lebih rendah iaitu 5.9 magnitud dengan kedalaman 12km.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan mahupun kemalangan jiwa dikeluarkan setakat ini.

Sementara itu, Ketua pusat seismologi biro cuaca, Chen Kuo-chang berkata, gegaran turut dirasai di seluruh Taiwan.

“Setakat ini, lapan gempa susulan direkodkan dan kami menjangkakan lebih banyak lagi dalam tempoh tiga hari akan datang,” katanya.

Seorang wartawan AFP di Taipei melaporkan gegaran di ibu negara kurang kuat berbanding insiden gempa bumi sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.