Gempa bumi 6.2 skala Richter gegar Pulau Jawa - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.2 skala Richter gegar Pulau Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan kedua-dua Pulau Jawa dan Bali, hari ini, lapor agensi geofizik Indonesia.

Menurut Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami di Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), Daryono berkata, gegaran tersebut merupakan gempa tektonik

Agensi itu memaklumkan gempa bumi berlaku di luar pantai selatan wilayah Jawa Timur, pada kedalaman 10 kilometer (km), serta 305km barat daya Denpasar, Bali, namun dijangka tidak mencetuskan tsunami.

Dua gegaran susulan dengan kekuatan 4.6 magnitud berlaku di kawasan berkenaan.

Menurut Daryono, gegaran turut dirasai di kawasan Jember, Gubukmas, Mataram, Kepanjen, dan Sumberpucung dengan skala kekuatan di tahap tiga.

Pihak berkuasa tempatan sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebarang kerosakan akibat gempa itu.

Daryono turut menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya mengelak berada berhampiran bangunan yang retak atau rosak akibat gempa bumi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.