Gempa 6.1 Richter gegar Jawa Barat - Utusan Malaysia

Gempa 6.1 Richter gegar Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.1 skala Richter melanda Jawa Barat, Indonesia hari ini, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).

Gempa itu menyaksikan orang ramai panik dan lari meninggalkan kediaman masing-masing.

Pusat gempa direkodkan pada jarak 22 kilometer dari bandar Sukabumi, pada kedalaman 104 kilometer itu bagaimanapun tidak berpotensi mengakibatkan tsunami, menurut agensi terbabit.

Berdasarkan siaran berita televisyen TVOne, orang ramai dilihat lari meninggalkan rumah masing-masing di Sukabumi.

Menurut saksi, gegaran turut dirasai di ibu negara, Jakarta dan kawasan persekitaran.

Pegawai agensi mitigasi bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari, memberitahu Reuters bahawa tiada laporan kerosakan diterima setakat ini tetapi agensi berkenaan bagi mengawasi keadaan.

Bulan lalu, gempa bumi magnitud 5.6 pada kedalaman agak cetek melanda Cianjur, juga di Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 mangsa dan merosakkan ribuan rumah.

Kedudukan Indonesia di zon Lingkaran Api Pasifik yang menyaksikan pergerakan seismik yang aktif menyebabkan negara ini kerap mengalami gempa bumi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN