Elon Musk nyaris hilang gelaran individu terkaya dunia

Elon Musk nyaris hilang gelaran individu terkaya dunia

ELON Musk nyaris kehilangan gelaran individu terkaya kepada ketua eksekutif Louis Vuitton, Bernard Arnault. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemilik Twitter dan Tesla, Elon Musk nyaris kehilangan gelaran individu terkaya dunia berikutan penurunan mendadak jumlah saham dalam syarikat penghasilan kenderaan elektrik dan platform media sosial berkenaan.

Menurut Forbes, ketua eksekutif syarikat induk jenama mewah, Louis Vuitton LVMH, Bernard Arnault dan keluarganya sempat merampas kedudukan Musk sebagai individu terkaya dunia sebelum turun kembali ke tangga kedua dengan nilai kekayaan peribadi AS$185.3 bilion (RM816.4 bilion).

Musk yang terus mengungguli carta individu terkaya dunia dalam senarai Forbes sejak September 2021, mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$185.7 bilion (RM818.5 bilion).

Jumlah kekayaan itu menyaksikan Musk mengetepikan pengasas Amazon.com, Jeff Bezos sebagai individu terkaya di dunia sebelum ini.

Saham Tesla yang dilaporkan merosot lebih 47 peratus sejak Musk membeli Twitter pada awal tahun ini, menurun lagi sebanyak 2.7 peratus.

Keadaan itu menyebabkan nilai kekayaan Musk menurun sehingga bawah AS$200 bilion (RM881.6 bilion) pada 8 November lalu apabila para pelabur berhenti melabur kerana bimbang Musk terlalu fokus dengan Twitter.

HILANG SEPARUH NILAI PASARAN

Dalam pada itu, Tesla kehilangan hampir separuh nilai pasarannya dan nilai kekayaan Musk pula dilaporkan merosot sehingga AS$70 bilion (RM308.5 bilion) sejak beliau membuat bidaan untuk membeli Twitter pada April lalu.

Musk mencapai persetujuan untuk membeli platform media sosial itu pada Oktober lalu dengan pinjaman sebanyak AS$13 bilion (RM57.3 bilion) dan komitmen ekuiti bernilai AS$33.5 bilion (RM147.7 bilion).

Selain Tesla, Musk turut mengasaskan syarikat menghasilkan roket iaitu SpaceX dan Neuralink yang menumpukan penciptaan mesin berkaitan otak dengan teknologi komputer. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya