VINA DEL MAR, CHILE: Sekurang-kurangnya dua maut dan dianggarkan 400 kediaman msunah dalam kebakaran yang berlaku di sebuah resort tepi laut di Vina del Mar.
Kebakaran yang berlaku menyebabkan pihak berkuasa Chile mengisytiharkan darurat.
Kebakaran itu diburukkan dengan angin kencang, menyebabkannya merebak dengan cepat.
Kebakaran itu sebelum ini sudah pun memusnahkan kawasan seluas 110 hektar dan sukar dipadamkan.
Situasi itu menyebabkan sejumlah penduduk di beberapa kawasan diarahkan berpindah bagi mengelak hal tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, pentadbiran Presiden Gabriel Boric mengarahkan perintah darurat dilaksanakan sehingga keadaan kembali stabil.
“Langkah pencegahan dan membendung kebakaran itu sudah dilakukan dari awal, namun keadaan angin kencang dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan api semakin marak dari semasa ke semasa.
“Sehubungan itu, kerajaan mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan lebih banyak hal tidak diingini berlaku,” kata jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Manuel Monsalve.
Setakat ii, seramai 400 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh 150 renjer hutan. – AFP