Bot bawa pelarian Rohingya tiba di pantai Aceh - Utusan Malaysia

Bot bawa pelarian Rohingya tiba di pantai Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kapal membawa puluhan pelarian Rohingya mendarat di pantai dekat Aceh, Indonesia selepas hanyut di laut selama sebulan.

Memetik laporan agensi berita ANTARA, seramai 57 lelaki warga Rohingya tiba di pantai daerah Aceh Besar. Beberapa orang dilaporkan sakit.

Portal Detik.com yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Rolly Yuiza Away, berkata kumpulan itu berehat di pantai dan pihak berkuasa belum memutuskan tindakan terhadap mereka.

Etnik Rohingya melarikan diri daripada penganiayaan di negeri asal mereka, iaitu di Rakhine, Myanmar termasuk tidak tahan dengan keadaan teruk di kem pelarian di Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) kelmarin mengeluarkan kenyataan yang menyeru kerajaan serantau, untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 190 warga Rohingya yang hanyut di Laut Andaman dan Teluk Benggala.

Menurut UNCHR, ada kapal yang membawa warga Rohingya dikesan masih hanyut di tengah laut tanpa bekalan makanan dan sedikit air.

Sebanyak 20 orang maut semasa pelayaran.

“Sangat menyedihkan apabila mengetahui ramai kehilangan nyawa, termasuk kanak-kanak. Malangnya, situasi ini menjadikan ini tahun paling ramai maut di laut di rantau ini,” kata Pengarah UNCHR Asia dan Pasifik dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.