Bakal isteri maki ibu, lelaki batal perkahwinan sehari sebelum majlis - Utusan Malaysia

Bakal isteri maki ibu, lelaki batal perkahwinan sehari sebelum majlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan membatalkan perkahwinannya dengan seorang gadis selepas wanita itu didakwa berkasar dengan ibunya gara-gara duit majlis pernikahan tidak mencukupi.

Lelaki yang dikenali sebagai Anjas itu memberitahu, dia dan gadis pilihannya sepatutnya berkahwin pada 18 Disember lalu, namun dia membatalkannya sehari sebelum majlis.

Hal itu kerana keluarga pengantin perempuan meminta wang tambahan sebanyak 700,000 rupiah (RM198) bagi upacara nikah.

Terdahulu, keluarga tersebut juga meminta wang majlis resepsi sebanyak tujuh juta rupiah (RM1,981) dan Anjas sudah pun memberikannya.

“Saya membatalkan perkahwinan kerana persiapan yang dilakukan ala kadar sahaja sedangkan keluarga bakal pengantin perempuan maklumkan mereka akan gunakan semua duit yang saya berikan untuk majlis kami.

“Tiada khemah dipasang untuk menyambut tetamu, sebaliknya hanya satu khemah kecil yang sering digunakan untuk majlis pengebumian dipasang.

“Ketika saya bertanya kepada keluarga dan bakal isteri mengapa jadi begitu, mereka terus memarahi saya dan ibu, malah mengeluarkan kata-kata kesat,” ujar Anjas.

Lelaki itu menceritakan, dia tidak boleh terima ibunya dimaki, lalu terus membatalkan perkahwinan.

Sementara itu, Anjas memaklumkan, dia berasa sedih kerana terpaksa membatalkan perkahwinan, namun dia lagi sedih apabila ibunya dimaki oleh bakal isterinya.

Katanya, dia berkenalan dengan wanita itu sejak setahun lalu dan menjalin hubungan jarak jauh sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Saya tidak sangka dia (bakal isteri) merupakan seorang wanita yang kurang ajar dengan orang tua. Keputusan saya untuk batalkan perkahwinan ini adalah tepat,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya