AS dedah pesawat pengebom B-21 Raider - Utusan Malaysia

AS dedah pesawat pengebom B-21 Raider

PESAWAT pengebom B-21 Raider dipamerkan dalam satu majlis di kemudahan syarikat pengeluar, Northrop Grumman di Palmdale, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALMDALE: Amerika Syarikat (AS) buat julung kali mendedahkan pesawat pengebom baharu, B-21 Raider kepada umum selepas beberapa tahun dibangunkan dengan penuh rahsia.

Pembangunan pesawat pengebom itu juga dilihat sebagai sebahagian maklum balas Pentagon terhadap kebimbangan mengenai konflik masa depan dengan China yang semakin meningkat. 

B-21 Raider yang mula dibangunkan pada tahun 2014-2015, merupakan hasil pembangunan pesawat pengebom baharu dalam tempoh tiga dekad.

Pesawat pengebom B-21 Raider dipamerkan dalam satu majlis diadakan di kemudahan syarikat pengeluar, Northrop Grumman di Palmdale, California.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menyifatkan B-21 Raider bukan sekadar pesawat biasa dan kemampuannya tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pesawat pengebom sedia ada.

“Ia adalah komitmen AS untuk mempertahankan negara yang kita sayangi,” katanya.

B-21 Raider merupakan sebahagian usaha Pentagon untuk memodenkan pesawat berkeupayaan nuklear dan simpanan bekalan senjata nuklear.     

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Northrop, Kathy Warden berkata, pesawat pengebom itu akan memberikan keupayaan cegah rintangan kepada tentera udara AS.

“Pesawat ini merangkumi teknologi generasi baharu yang direka khusus untuk tentera udara AS bagi memenuhi keperluan misi yang kompleks,

“Dengan B-21 Raider, tentera udara berupaya untuk mengekang dan mengempur mana-mana ancaman di serata dunia.

Malah, dengan perubahan teknologi yang kian membangun dari semasa ke semasa, ia membolehkan pesawat ini untuk mengatasi sebarang ancaman sedia ada,” katanya. – AP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya