Aquarium silinder terbesar dunia pecah, banjiri hotel dan jalan raya - Utusan Malaysia

Aquarium silinder terbesar dunia pecah, banjiri hotel dan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi sejuta liter air di lobi Radisson Blu di Berlin musnah, menyebabkan air membanjiri hotel dan jalan-jalan berhampiran.

‘AquaDom’ yang berketinggian 14 meter memegang Guiness World Record bagi akuarium silinder terbesar di dunia.

Polis berkata, akuarium yang menempatkan lebih 1,500 ikan itu mengalami kerosakan luar biasa dan dua orang turut cedera terkena serpihan kaca.

Imej di media sosial menunjukkan sejumlah besar kerosakan di ruang legar hotel.

Serpihan akuarium tersebut bertaburan di kawasan jalan di hadapan bangunan yang ditutup akibat banjir.

Lapor BBC, semua tetamu telah dipindahkan keluar dari hotel.

Akuarium itu telah dimodenkan dua tahun lalu, dan terdapat lif berdinding jernih dibina di dalamnya untuk digunakan oleh pelawat.

Beberapa bilik di hotel diiklankan mempunyai pemandangan akuarium gergasi itu.

Pasukan bomba Berlin berkata, lebih 100 anggota bomba dikerahkan namun punca kejadian masih belum diketahui.

Pihak berkuasa pengangkutan awam Berlin berkata, jalan Karl-Liebknecht di luar hotel telah ditutup kerana jumlah air yang terlalu banyak di jalan raya.

Tarikan itu ditutup buat sementara waktu dan pihak hotel meminta pengunjung menjadualkan semula tiket mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya