Aktivis diheret keluar dari restoran Salt Bae - Utusan Malaysia

Aktivis diheret keluar dari restoran Salt Bae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan aktivis diheret keluar dari restoran stik mewah milik Salt Bae di tengah London selepas melancarkan protes di restoran berkenaan petang semalam.

Menurut portal metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku di restoran Nusr-Et, di Knightsbridge milik chef terkenal Turkiye, Salt Bae yang tular kerana gaya istimewanya menabur garam pada stik.

Kumpulan Animal Rebellion menghantar lapan aktivisnya untuk mengadakan protes ‘duduk’ di restoran stik tersebut tanpa membuat sebarang pesanan makanan.

Aktivis berkenaan dilihat duduk di meja yang ditempah pelanggan lain sambil memegang replika menu yang menggariskan permintaan kumpulan tersebut.

Video yang disiarkan oleh kumpulan aktivis haiwan itu menunjukkan seorang ahli kumpulannya sedang dibawa keluar oleh kakitangan premis itu.

Bunyi sorakan kuat didengari di dalam restoran berkenaan ketika kakitangan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada aktivis itu.

Polis Metropolitan dilaporkan tiba di tempat kejadian tetapi mengesahkan penunjuk perasaan sudah meninggalkan restoran berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya