20 maut rumah warga emas terbakar di Siberia - Utusan Malaysia

20 maut rumah warga emas terbakar di Siberia

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam insiden kebakaran sebuah rumah kebajikan warga emas di bandar Kemerovo, Siberia, lapor pegawai Russia.

Enam lagi turut cedera selepas keseluruhan tingkat atas bangunan kayu dua tingkat itu musnah akibat kebakaran semalaman.

Laporan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada alat pemanasan yang rosak.

“Rumah persendirian untuk warga emas itu beroperasi secara haram,” kata pegawai kepada agensi berita Tass.

Lapor BBC, puluhan anggota bomba dikerahkan dan api berjaya dipadamkan awal pagi tadi.

Gabenor wilayah itu berkata semua kemudahan serupa kini akan diperiksa dan siasatan jenayah telah dilancarkan.

Menurut pegawai perkhidmatan bomba, banyak rumah warga emas tidak berdaftar beroperasi di seluruh Russia menyebabkan kediaman itu dianggap milik persendirian dan tidak tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan kebakaran.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN