Warga Australia dipenjara 129 tahun kes penderaan seksual kanak-kanak - Utusan Malaysia

Warga Australia dipenjara 129 tahun kes penderaan seksual kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang lelaki warga Australia dijatuhkan hukuman penjara 129 tahun di penjara Filipina berikutan dakwaan berhubung kes penderaan seksual kanak-kanak yang melibatkan mangsa seawal 18 bulan.

Hukuman tersebut merupakan sabitan kedua bagi Peter Gerard Scully, yang sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pertuduhan awal melibatkan kes rogol dan pemerdagangan wanita.

Pakar memberi amaran Filipina bakal menjadi tumpuan global untuk eksploitasi seks kanak-kanak berikutan kadar kemiskinan, kefasihan bahasa Inggeris dan sambungan internet yang tinggi di negara itu.

“Saya harap hukuman ini menghantar mesej yang sangat kuat kepada semua pendera dan semua pemerdagang manusia bahawa jenayah ini suatu yang tidak berbaloi,” kata Pendakwaraya, Merlynn Barola-Uy.

Mahkamah Cagayan de Oro menjatuhkan hukuman itu pada 3 Nov lalu selepas Scully dan tiga tertuduh bersamanya menandatangani perjanjian rundingan pengakuan.

Mereka didakwa atas 60 kesalahan termasuk pemerdagangan, pornografi kanak-kanak, penderaan kanak-kanak dan rogol.

Teman wanita Scully, Lovely Margallo, dijatuhi hukuman penjara 126 tahun manakala dua lagi dikenakan hukuman lebih sembilan tahun.

Mangsa termasuk seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui tertimbus di bawah lantai rumah yang disewa oleh Scully.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN