Wanita tidak gunting rambut 10 tahun, percaya ada 'kuasa kebal'

Wanita tidak gunting rambut 10 tahun, percaya ada ‘kuasa kebal’

NATCHA Thong-iab menyimpan rambut sepanjang 1.17 meter dan tidak pernah memotongnya sejak 10 tahun lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita Thailand berusia 50 tahun tidak memotong rambutnya sejak lebih 10 tahun lalu kerana percaya rambut mengurainya itu mempunyai kuasa kebal dan mampu menyelamatkan penduduk di kawasan kejiranannya daripada roh jahat.

Beberapa platform media Thailand melaporkan mengenai kisah luar biasa wanita berkenaan, Natcha Thong-iab dari wilayah selatan Trang yang mempunyai rambut sepanjang lebih 1.17 meter.

Penduduk di sekitar kawasan itu percaya rambut Natcha sangat istimewa kerana boleh mencegah nasib malang, menjaga orang ramai daripada bahaya dan khuatir wanita itu mungkin akan mati jika dia memotong rambutnya.

Rambut Natcha kelihatan seperti telah digam dan dia memberitahu pernah meminta seseorang untuk memotong serta mengasingkan rambut yang kusut itu dengan harapan ia akan tumbuh secara normal semula, tetapi tidak.

Sebaliknya tindakan itu menyebabkan dia sakit selama beberapa hari dan mengakui pernah bermimpi rambutnya itu mempunyai kuasa luar biasa dan kebal daripada serangan tembakan.

Malah anggota tentera dan polis pernah melawat Natcha dan meminta untuk menyimpan helaian rambutnya yang dipotong sepuluh tahun lalu kerana percaya rambut itu boleh melindungi mereka daripada bahaya.

Bagaimanapun, Pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Chulalongkorn, Jatesada Denduangboriphan menasihatkan wanita itu berjumpa doktor kerana keadaan rambutnya yang dikhuatiri sudah rosak dan tidak sihat.

Jatesada memberi amaran rambut yang terlalu panjang dan terlalu tebal boleh mengakibatkan masalah dermatitis, seborrheic atau kutu pada kulit kepala.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya