Wanita tertinggi di dunia seronok dapat naik pesawat pertama kali - Utusan Malaysia

Wanita tertinggi di dunia seronok dapat naik pesawat pertama kali

RUMEYSA Gelgi bergambar bersama pramugari ketika menaiki pesawat Turkish Airlines menggunakan katil khas baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Wanita tertinggi di dunia akhirnya berjaya menaiki penerbangan pertamanya selepas syarikat penerbangan Turkiye membantu membuat pengubahsuaian pada ruang pesawat.

Menurut portal metro.co.uk, Rumeysa Gelgi, 24, terbang dengan Turkish Airlines ke San Francisco selepas enam tempat duduk dialihkan dan digantikan dengan alat pengusung yang direka khas.

Rumeysa secara rasmi dinamakan sebagai wanita tertinggi yang masih hidup oleh Guinness World Records tahun ini dengan ketinggian 2.15 meter.

Rumeysa memiliki ketinggian luar biasa kerana mengalami keadaan dipanggil sindrom Weaver yang menyebabkan pertumbuhan berlaku dengan cepat dan beliau lebih banyak menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Walaupun semasa kecil, dia masih terlalu tinggi untuk duduk di tempat duduk penerbangan biasa.

“Perjalanan yang sempurna dari awal hingga akhir. Ini adalah perjalanan pertama saya dengan pesawat tetapi pastinya ia bukan yang terakhir bagi saya.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap orang yang membantu menyempurnakan perjalanan saya,” katanya selepas selamat tiba di lapangan Terbang San Fransisco.

Rumeysa yang berasal dari Turkiye terbang ke San Francisco untuk meneruskan kerjaya dalam pembangunan perisian termasuk bekerjasama dengan Guinness World Records untuk mempromosikan pelbagai acara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya