Ukraine-Russia berperang, AS yang raih keuntungan - Utusan Malaysia

Ukraine-Russia berperang, AS yang raih keuntungan

SEBUAH bangunan kediaman musnah akibat serangan di Mykolaiv, di tengah-tengah pencerobohan Russia di Ukraine.-AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang wartawan Perancis mendakwa, Amerika Syarikat (AS) mengaut keuntungan daripada konflik di Ukraine dari segi gas asli cecair, industri senjata dan daya saing industri.

Ketua jabatan ekonomi majalah Perancis L’Express, Beatrice Mathieu, mendakwa, industri AS menyediakan kontrak untuk mengeksport gas asli cecair ‘Made in USA’ ke Eropah untuk menggantikan gas Russia, pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga untuk pelanggan AS.

Katanya, dalam satu wawancara yang diterbitkan di Boursorama.com, berikutan sumbangan senjata kepada Ukraine, industri ketenteraan AS kini bergegas untuk menambah stok tentera AS serta pesanan dari pelbagai negara Eropah, khususnya untuk peluru berpandu dan meriam.

Tambahnya, tempahan oleh Jerman bagi jet pejuang F-35 daripada pengeluar AS, Lockheed Martin menarik perhatian besar kepada ‘keterasingan Perancis-Jerman’.

Mathieu juga menunjukkan pergantungan Eropah pada jagung Ukraine dan disebabkan hasil tuaian kurang banyak di Ukraine, pengeluar AS mula mengeksport jagung ke Eropah.

Krisis tenaga juga mendorong syarikat Eropah untuk berpindah ke AS, di mana bekalan tenaga terjamin dan lebih murah.

“Sokongan tidak berbelah bahagi Washington untuk Ukraine menjadikan AS sebagai pemenang besar pada peringkat global tanpa seorang askar perlu menjejakkan kaki ke tanah Ukraine.

“Sebaliknya, mereka guna akan strategi ekonomi melalui keuntungan geostrategik, ekonomi, ketenteraan dan politik yang tidak dapat dinafikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya