UK dibanjiri lebih setengah juta warga asing

UK dibanjiri lebih setengah juta warga asing

PASUKAN keselamatan mendukung seorang pendatang kanak-kanak yang tiba di Dover, United Kingdom untuk dibawa ke pusat perlindungan sementara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jumlah warga asing di United Kingdom (UK) mencecah rekod tertinggi lebih 504,000 orang berikutan ketibaan warga Ukraine dan Hong Kong di bawah skim kerajaan dan peningkatan bilangan pelajar antarabangsa.

Menurut data rasmi kerajaan, permohonan suaka turut berada pada tahap tertinggi sejak 32 tahun lalu, dengan hampir 100,000 orang menunggu lebih enam bulan untuk memproses tuntutan awal mereka.

Lapor The Guardian, kerajaan kini sedang mengkaji pilihan untuk menurunkan bilangan pelajar antarabangsa yang membanjiri UK ketika ini.

“Kami sedang mempertimbangkan semua pilihan untuk memastikan sistem imigresen berfungsi dan itu termasuk isu tanggungan pelajar, dan ijazah berkualiti rendah,” kata jurucakap Perdana Menteri, Rishi Sunak.

Angka migrasi terbaharu yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) menunjukkan peningkatan sebanyak 331,000 orang setahun dan hampir 400,000 melebihi daripada sasaran Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman.

Beliau berjanji pada bulan September untuk cuba menurunkan angka penghijrahan kepada puluhan ribu sepertimana yang pernah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, David Cameron dan Theresa May sebelum ini namun tidak pernah berjaya dicapai oleh kedua-dua mereka.

“Orang ramai betul-betul mengharapkan kami mengawal sempadan kami dan kami tetap komited untuk mengurangkan penghijrahan dari semasa ke semasa sejajar dengan komitmen manifesto kami.

“Tahap kebanjiran pendatang asing ini memberi tekanan kepada penginapan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam lain. Kita mesti memastikan kita mempunyai pendekatan yang mampan, seimbang dan terkawal, itulah sebabnya kita terus menyemak dasar imigresen kita.

“Keutamaan saya tetap menangani peningkatan dalam lintasan berbahaya dan haram serta menghentikan penyalahgunaan sistem kami. Adalah penting kita memulihkan keyakinan orang ramai dan mengawal semula sempadan kita,” jelas Braveman.

Peningkatan dilaporkan ini berpunca daripada pertambahan visa bagi warga asing untuk tinggal, belajar dan bekerja di UK, yang melebihi 1 juta buat kali pertama tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.