Tujuh maut pertempuran tentera Filipina dengan anggota MILF - Utusan Malaysia

Tujuh maut pertempuran tentera Filipina dengan anggota MILF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam pertempuran antara tentera Filipina dan anggota kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Pertempuran itu diifatkan sebagai yang terburuk sejak perjanjian damai ditandatangani pada 2014.

Menurut ketenteraan Filipina, pertempuran berlaku pada Selasa lalu di pulau Basilan, luar pulau utama di selatan Mindanao, akibat ‘salah faham’ antara tentera dan anggota MILF.

Jurucakap tentera, Jeneral Domingo Gobway, berkata seorang pegawai tempatan menyaksikan sekumpulan anggota MILF memasuki kampung Ukitan, yang dianggap melanggar perjanjian damai.

“Ketika pihak tentera melakukan soal siasat, pemberontak MILF melepaskan tembakan ke arah seorang entera sehingga mencetuskan pertempuran maut itu.

“Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera dan empat pemberontak maut manakala belasan lagi cedera,” katanya.

Selama beberapa dekad, Filipina selaku negara majoriti penduduk beragama Katolik, terjerumus dalam pemberontakan ganas membabitkan kumpulan pemisah yang setakat ini mengorbankan 100,000 orang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.