Terus sokong Ukraine, AS bakal hantar bantuan keselamatan bernilai AS$400 juta - Utusan Malaysia

Terus sokong Ukraine, AS bakal hantar bantuan keselamatan bernilai AS$400 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal menyediakan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu darat ke udara kepada Ukraine sebagai sebahagian daripada pakej bantuan keselamatan baharu bernilai AS$400 juta (RM1.8 bilion).

Menurut Timbalan Setiausaha Akhbar Pentagon, Sabrina Singh, hal itu berikutan serangan udara yang semakin agresif oleh tentera Russia terhadap  infrastruktur awam kritikal Ukraine, sekali gus memerlukan keupayaan pertahanan udara yang lebih menyeluruh.

Pakej itu termasuk empat sistem pertahanan udara Avenger jarak dekat mudah alih, yang kali pertama dibekalkan kepada Ukraine serta peluru berpandu Stinger.

Selain itu, peluru berpandu sistem pertahanan udara HAWK yang dipersetujui disediakan oleh Sepanyol, peluru meriam dan mortar, peluru untuk pelancar roket ketepatan Himars dan lebih 20 juta butir peluru senjata kecil turut dibekalkan selain daripada inventori AS sedia ada.

Peluru berpandu HAWK akan diperbaharui menerusi dana Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine, yang membayar perolehan peralatan daripada industri pertahanan.

Pengumuman bantuan keselamatan itu dibuat sehari selepas Jeneral tertinggi AS, Mark Milley, berkata lebih 100,000 anggota tentera Russia terbunuh atau cedera di Ukraine, dengan tentera Kyiv berkemungkinan mengalami kecederaan yang sama.

Milley berkata, terdapat peluang untuk perbincangan mengenai menamatkan perang dan kemenangan ketenteraan tidak mungkin berpihak kepada kedua-duanya.

Russia kemudiannya mengumumkan bahawa tenteranya mula berundur dari bandar Kherson di selatan Ukraine iaitu satu tamparan hebat kepada kempen ketenteraan Moscow. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya