Tanpa alasan munasabah, Taliban halang wanita masuk ke taman hiburan

Tanpa alasan munasabah, Taliban halang wanita masuk ke taman hiburan

PEMIMPIN Taliban mengenakan arahan baharu menghalang golongan wanita memasuki taman hiburan di Kabul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Wanita Afghanistan dihalang daripada memasuki taman hiburan di Kabul selepas kementerian moral Taliban mengumumkan arahan sekatan baharu yang ekstrem ke atas golongan hawa di negara ini.

Jurucakap Kementerian Penyebaran Kebajikan dan Pencegahan Maksiat (MPVPV) mengesahkan bahawa wanita akan disekat daripada memasuki kawasan taman namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut berkenaan arahan itu.

Sebelum ini MPVPV mengeluarkan arahan bahawa pengunjung taman, termasuk ruang terbuka mesti diasingkan mengikut jantina dan terdapat hari tertentu wanita dilarang berada di kawasan berkenaan.

Di taman hiburan Kabul yang menyediakan pelbagai permainan seperti kereta dan roda Ferris, saksi melihat beberapa wanita ditolak oleh pegawai taman, dengan ejen Taliban hadir memerhatikan keadaan itu.

Seorang penduduk wanita Kabul yang dikenali sebagai Masooma merancang untuk membawa cucunya melawat taman hiburan itu namun kecewa selepas dihalang kakitangan yang menjaga taman tersebut.

“Apabila seorang ibu datang bersama anak-anak mereka, mereka sepatutnya dibenarkan masuk kerana kanak-kanak ini jarang mendapat peluang melihat perkara yang menarik seperti ini.

“Mereka hanya mahu bermain dan dihiburkan. Saya banyak mendesak mereka, tetapi mereka tidak membenarkan kami masuk ke dalam taman dan akhirnya kami pulang sahaja ke rumah,” jelasnya.

Dua pengendali taman yang enggan dikenali berkata, mereka diberitahu oleh pegawai Taliban untuk tidak membenarkan wanita memasuki taman hiburan mereka.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN