Tangguh bayar bonus, ratusan pekerja kilang iPhone di China merusuh

Tangguh bayar bonus, ratusan pekerja kilang iPhone di China merusuh

RUSUHAN tercetus antara pekerja kilang Foxconn dan anggota keselamatan di bandar Zhengzhou di China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ratusan pekerja di China menyertai bantahan di kilang Foxconn di Zhengzhou yang merupakan kilang iPhone terbesar di dunia sehingga menyebabkan pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di kawasan sekitar.

Lapor The Guardian, rakaman video dimuat naik di laman media sosial menunjukkan beberapa lelaki merosakkan kamera pengawasan dan memecahkan tingkap bangunan tersebut.

Bantahan yang jarang berlaku di China menandakan pergolakan semakin meningkat di kilang itu ekoran kekecewaan orang ramai terhadap pelaksanaan sekatan Covid-19 yang ketat dan kegagalan pengilang kontrak menguruskan situasi dengan cekap.

Ramai penunjuk perasaan mendakwa, protes yang bermula pada Rabu lalu berpunca daripada tindakan syarikat yang mahu menangguhkan pembayaran bonus pekerja.

Satu rakaman video menunjukkan sebahagian besar pekerja yang dikelilingi oleh anggota keselamatan berpakaian sut hazmat dan memegang belantan, tampil melaungkan slogan `bayar gaji kami’.

Rakaman lain pula menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di kawasan itu dan para pekerja cuba memusnahkan penghadang sekatan yang dipasang pihak berkuasa.

Beberapa pekerja mendakwa mereka dipaksa berkongsi bilik dengan rakan sekerja yang disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, Foxconn dalam satu kenyataan memaklumkan syarikatnya sudah menyelesaikan kontrak pembayaran pekerjanya.

Malah, syarikat itu menegaskan dakwaan kononnya pekerja dijangkiti Covid-19 sedang tinggal bersama kakitangan baharu di kampus itu adalah tidak benar.

“Mengenai sebarang keganasan, syarikat akan terus berkomunikasi dengan pekerja dan kerajaan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang,” jelas kenyataan itu.

Seorang individu yang tahu mengenai situasi di Zhengzhou berkata, pengeluaran di kilang Foxconn tidak terjejas dengan protes pekerja malah output kekal normal.

Agensi berita Reuters sebelum ini melaporkan Foxconn bercadang menyambung semula pengeluaran penuh di kilang iPhone di Zhengzhou menjelang separuh kedua bulan November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya