Tanah runtuh di Itali, puluhan mangsa masih hilang - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Itali, puluhan mangsa masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CASAMICCIOLA: Pasukan keselamatan Itali meneruskan operasi mencari dan menyelamat puluhan orang yang dilaporkan hilang di pulau Ischia selepas satu insiden tanah runtuh mengorbankan seorang penduduk.

Media tempatan melaporkan, insiden itu menyaksikan banyak rumah dan harta benda musnah ditimbus tanah runtuh, selain sejumlah kenderaan ‘dihanyutkan’ ke laut.

Terdahulu, pasukan penyelamat menemukan mayat seorang wanita berusia 31 tahun, selain memaklumkan 13 lagi cedera akibat bencana alam itu.

Ketika ini, pasukan penyelamat memberi tumpuan kepada pencarian mangsa hilang yang dikhuatiri terperangkap di di bawah timbunan tanah berserta lumpur.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menerusi Twitter menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan bakal mengadakan satu mesyuarat Kabinet tergempar berhubung insiden tersebut.

Jurucakap bomba, Luca Cari mengesahkan setakat ini hanya seorang mangsa yang maut dalam insiden tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Matteo Piantedosi sebelum ini memberi amaran terdapat sejumlah penduduk terperangkap akibat tanah runtuh yang disifatkan ‘sangat serius’.

Dalam pada itu, tanah runtuh yang diakibatkan oleh hujan lebat itu juga menyaksikan banyak harta benda milik penduduk rosak.

Di kawasan paling teruk terjejas, sekurang-kurangnya 30 keluarga terperangkap di rumah mereka tanpa bekalan elektrik, selain jalan utama dipenuhi tanah runtuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN