Syarikat AS hasilkan televisyen terkecil dunia - Utusan Malaysia

Syarikat AS hasilkan televisyen terkecil dunia

TELEVISYEN comel sebesar setem merupakan alatan terbaharu yang dihasilkan oleh syarikat TinyCircuits di Ohio Amerika Syarikat (AS).-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLUMBUS: Ketika syarikat teknologi berlumba-lumba membangunkan peranti canggih bersaiz besar, lain pula bagi sebuah syarikat di Ohio yang memilih untuk mencipta televisyen terkecil di dunia.

Lapor Daily Mail, sebuah syarikat elektronik, TinyCircuits melancarkan dua lagi prototaip baharu televisyen dalam rangkaian TinyTV miliknya dengan lebar skrin hanya sekecil 15 milimeter (mm).

Sesuai dengan nilai estetika retronya, televisyen comel itu dilengkapi dengan dua tombol berputar untuk melaraskan suara dan menukar saluran video yang ditonton.

Beberapa lagi televisyen dalam siri TinyTV Mini, hanyalah sebesar sekeping setem tetapi masih boleh berfungsi memainkan video selama satu jam dan boleh menyimpan sehingga 40 jam video kerana dilengkapi kad memori 8GB.

Walaupun kedua-dua model boleh dikawal oleh butang atau tombol, rangkaian TinyCircuits juga mencipta alat kawalan jauh inframerah untuk menghidupkan peranti, mengubah kelantangan atau saluran video.

Televisyen comel itu disenaraikan dalam kempen terbaharu platform pengumpul dana Kickstarter baru-baru ini dan telah menerima lebih 111,650 pound (RM609,333)

Rangkaian TinyTV dicipta oleh Pengasas dan Presiden TinyCircuits, Ken Burns, dan dikeluarkan di Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Syarikat elektronik itu gemar mencipta alatan bersaiz kecil dan melancarkan projek pertamanya, melalui penghasilan komputer kecil yang dipanggil projek TinyDuino pada tahun 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN