Saingan sengit pilihan raya pertengahan penggal AS - Utusan Malaysia

Saingan sengit pilihan raya pertengahan penggal AS

PENGUNDI mengundi calon pilihan mereka di Sekolah Rendah Robious di Midlothian, Virginia semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) menyaksikan persaingat sengit kedua-dua parti walaupun Parti Republikan optimis mampu menguasai kawalan ke atas kedua-dua dewan Kongres.

Kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 daripada 100 kerusi Dewan Senat terbabit dalam pemilihan tahun ini, selain pelbagai pilihan raya peringkat negeri dan tempatan

Menurut portal berita BBC, Demokrat memenangi kerusi Senat penting di Pennsylvania manakala medan pertempuran utama lain masih berdepan saingan yang hampir seimbang.

Republikan masih menjadi pilihan untuk memenangi Dewan, walaupun Demokrat memberikan tentangan hebat di beberapa kawasan.

Parti Republikan dijangka mampu menguasai kawalan ke atas Dewan Perwakilan apabila mendahului dengan 196 kerusi berbanding Demokrat yang memenangi 173 kerusi.

Persaingan sengit dilihat pada penguasaan Dewan Senat apabila Demokrat mendahului dengan hanya satu kerusi selepas memperoleh 48 kerusi berbanding Republikan yang kini memperoleh 47 kerusi.

Republikan masih boleh merampas lima kerusi yang mereka perlukan untuk memenangi kawalan ke atas Dewan Perwakilan, tetapi parti itu setakat ini gagal mencipta kejayaan apabila Demokrat meraih kemenangan di daerah yang sangat kompetitif.

Kemenangan Republikan mungkin boleh membuka jalan kepada tawaran semula ke White House oleh bekas presiden, Donald Trump yang kembali menyiarkan dakwaan penipuan tidak berasas selepas giat berkempen mengutarakan isu berkaitan ekonomi.

Keputusan perlumbaan Senat di wilayah penting lain di Wisconsin, Arizona serta Nevada masih berlangsung dan keputusan parti mana yang akan memegang kuasa mungkin hanya akan diketahui beberapa minggu lagi.

Pemilihan Gabenor negeri juga berlaku di beberapa negeri dengan Republikan dijangka memenangi persaingan di negeri utama di Texas, Florida dan Georgia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN