Russia lulus RUU sekat propaganda LGBT, tangkap pihak promosi kegiatan songsang

Russia lulus RUU sekat propaganda LGBT, tangkap pihak promosi kegiatan songsang

RUSSIA melarang sebarang aktiviti propaganda melibatkan golongan LGBT menerusi undang-undang baharu yang bakal ditandatangani tidak lama lagi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Parlimen Russia meluluskan bacaan ketiga dan terakhir undang-undang yang melarang sebarang propaganda berkaitan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan semua golongan dewasa di negara ini.

Menurut rang undang-undang itu, sebarang tindakan atau percubaan untuk mempromosikan apa yang dipanggil ‘hubungan seksual bukan tradisional’ sama ada dalam filem, dalam talian, pengiklanan atau di khalayak ramai dianggap sebagai satu jenayah.

Russia memperluaskan undang-undang pada 2013 yang melarang propaganda LGBT dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan digunakan untuk menahan aktivis hak gay.

Di bawah undang-undang baharu itu, individu boleh didenda sehingga 400,000 rubel (RM29,519) dan organisasi pula sehingga lima juta rubel (RM368,854) kerana ‘mempropagandakan hubungan seksual bukan tradisi’.

Warga asing bakal berdepan penangkapan dan pengusiran sehingga 15 hari dari Russia bagi kesalahan sama.

Kumpulan hak asasi manusia dan aktivis LGBTQ+ berkata, pelanjutan undang-undang bermakna sebarang perbuatan atau sebutan umum tentang hubungan sejenis adalah diharamkan secara terus.

Presiden Russia, Vladimir Putin, dijangka menandatangani rang undang-undang itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ahli parlimen kanan dan salah seorang penulis rang undang-undang tersebut, Alexander Khinshtein berkata, perang di Ukraine telah menjadikan undang-undang anti-LGBTQ+ lebih relevan.

Dalam perbincangan awal rang undang-undang itu, Khinshtein menyasarkan kartun kanak-kanak popular Peppa Pig, selepas pasangan lesbian menyertai watak utamanya dalam episod bertajuk ‘Keluarga’.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya