MOSCOW: Russia hari ini menyatakan imej lokasi serangan peluru berpandu di Poland mendedahkan serpihan peluru berpandu milik Ukraine.
Moscow juga menegaskan lokasi serangan yang dilakukan oleh negara itu adalah berjarak 35 kilometer dari sempadan Poland.
“Imej yang didedahkan di lokasi kejadian secara tidak langsung menunjukkan serpihan peluru berpandu itu milik tentera Ukraine.
“Serpihan itu adalah peluru berpandu S-300 milik Ukraine.
“Lokasi serangan yang dilancarkan oleh Russia hanya melibatkan kawasan dalam wilayah Ukraine dan jauh dari sempadan Poland, iaitu kira-kira 35 kilometer,” enurut Kementerian Pertahanan Russia menerusi kenyataan.
Terdahulu, dua orang maut apabila satu peluru berpandu mendarat di kawasan di Poland yang berhampiran sempadan Ukraine.
Insiden itu mencetuskan kebimbangan pemimpin dunia, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Presiden Ukraine, Volodymur Zelensky menafikan penglibatan Ukraine dalam insiden tersebut. – AFP