Rakyat Palestin peringati ulang tahun ke-18 kematian Yasser Arafat - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin peringati ulang tahun ke-18 kematian Yasser Arafat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Puluhan ribu rakyat Palestin berkumpul di Gaza bagi memperingati ulang tahun ke-18 kematian bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat.

Allahyarham adalah Pengerusi PLO bagi tempoh 1969-2004 dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin untuk 1994-2004.

Warga Palestin berarak ke Taman Katiba mengibarkan bendera Palestin dan bendera kuning Fatah, kumpulan Hamas yang ditubuhkan Arafat pada 1960-an.

Lautan kuning warga Palestin yangberhimpun di kubu kuat Hamas itu adalah sesuatu yang jarang disaksikan kerana Hamas dan Fatah tidak sehaluan walaupun menentang musuh yang sama, Israel.

Kedua-dua kumpulan itu mempunyai kawasan masing-masing di wilayah diduduki Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dikepung sejak 15 tahun lalu.

Arafat meninggal dunia pada 2004 di sebuah hospital di Perancis selepas dua tahun pengepungan Israel di ibu pejabatnya di Tebing Barat.

Rakyat Palestin menuduh Israel meracuni pemimpin itu tetapi tiada bukti jelas mengaitkannya. Justeru, punca sebenar kematian pemimpin Palestin itu masih lagi misteri.

Orang ramai di perhimpunan Gaza menaikkan gambar pengganti Arafat, Presiden Mahmoud Abbas, yang berpangkalan di Tebing Barat.

Dalam mesej rakaman awal yang dimainkan pada perhimpunan itu, Mahmoud menggesa perpaduan untuk melonggarkan kesan sekatan ke atas penduduk Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya