Rakyat Malaysia juara siri rancangan memasak UK - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia juara siri rancangan memasak UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang rakyat Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemenang dalam siri rancangan televisyen terkenal United Kingdom (UK) iaitu The Great British Bake Off bagi musim ke-13.

Syabira Yusoff, 32, yang merupakan penyelidik kardiovaskular di London menyingkirkan dua peserta akhir dalam siri rancangan tersebut untuk muncul juara.

Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.

Mereka perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri.

Bagi memenuhi kriteria tema itu, Syabira menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.

Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.

“Semua kerja keras, percubaan dan kesalahan yang dilakukan adalah berbaloi. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini,” katanya.

The Great British Bake Off merupakan siri realiti televisyen popular yang menyaksikan para peserta bersaing untuk menjadi pembuat roti amatur terbaik di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya