Putin enggan ke Bali kerana takut dibunuh? - Utusan Malaysia

Putin enggan ke Bali kerana takut dibunuh?

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dikatakan enggan menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20 di Bali Selasa ini kerana bimbang dengan cubaan untuk membunuhnya.

Perkara itu didedahkan bekas penasihat Putin, Sergey Markov,  dalam temu bual dengan portal The Independent kelmarin.

“Sebab mengapa Putin tidak pergi ke sidang kemuncak G20 adalah serius. Terdapat kebarangkalian tinggi cubaan membunuh Putin oleh perkhidmatan khas Amerika Syarikat (AS), Britain dan Ukraine,” kata Markov.

Beliau menambah, sebab lain mengapa Putin tidak menghadiri sidang kemuncak adalah kerana khuatir akan wujud sebarang situasi yang memalukan.

“Sebagai contoh, beberapa aktivis sosial kurang upaya menjatuhkan Putin secara tidak sengaja tetapi kemudian semua media dunia mengeluarkan gambar dengan perkataan ‘Presiden Russia merangkak’

“Saya percaya situasi seperti ini sedang dirancang oleh segelintir  orang Barat yang gila,” ujarnya Markov.

Menurut Markov, pengunduran tentera Russia dari Kherson juga merupakan satu lagi sebab mengapa Putin memilih untuk tidak berada di Bali.

“Selepas kekalahan di Kherson, status Russia sebagai kuasa besar dipersoalkan. Mereka akan mendesak dan menuntut penyerahan yang lancar,” kata Markov.

Dalam pada itu, Ketua Protokol Kedutaan Russia di Indonesia, Yulia Tomskaya mengesahkan, delegasi Russia pada sidang kemuncak itu akan diketuai oleh Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dan program bersama Putin mungkin akan dilakukan secara maya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya