PRU-15: Rakyat Malaysia di Singapura 'berkira-kira' untuk pulang mengundi

PRU-15: Rakyat Malaysia di Singapura ‘berkira-kira’ untuk pulang mengundi

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak pasti untuk pulang mengundi berikutan harga tiket penerbangan melonjak 50 peratus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Harga tiket penerbangan pergi dan balik dari Singapura ke Pulau Pinang mencecah RM1,107, naik kira-kira 50 peratus berbanding biasa, selepas pilihan raya umum (PRU) ditetapkan di Malaysia.

Lapor Berita Harian Singapura, kenaikan harga tiket pengangkutan menyebabkan sejumlah warga Malaysia yang bekerja di Singapura tidak pasti sama ada untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Muhd Hafizuddin Ismail berkata, memandangkan harga yang ditawarkan melebihi bajetnya, dia masih menunggu dan berharap harga akan turun menjelang tarikh pengundian yang ditetapkan pada 19 November.

Katanya, sehari selepas tarikh PRU diumumkan pada 20 Oktober lalu, dia mendapati tambang penerbangan pergi balik dari Singapura ke Pulau Pinang meningkat 50 peratus berbanding yang biasa dibelinya sebelum ini.

“Saya akan tunggu sedikit masa lagi dan berharap harga tiket turun menjelang tarikh pengundian,” katanya yang bekerja di sebuah hospital di Changi.

Muhd Hafizuddin merupakan seorang daripada 900,000 rakyat Malaysia yang bekerja di republik ini dan layak mengundi para PRU Malaysia kali ini.

Tinjauan yang dilakukan Berita Harian Singapura juga mendapati, harga penerbangan tambang murah dari Singapura ke Kuala Lumpur yang berlepas pada 18 November dan pulang pada 20 November kini antara RM900 hingga RM1,300.

Sebagai perbandingan, penerbangan yang sama bagi tempoh seminggu kemudian, iaitu antara 25 hingga 27 November, tiket berharga RM680 hingga RM850.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Rosman Abdullah, 35, berkata, dia pulang ke Kuala Lumpur untuk mengundi sempena PRU-14 pada 2018.

“Namun, kali ini saya tidak pasti untuk pulang atau tidak. Saya tidak tahu nak undi parti mana memandangkan pergolakan politik yang berlaku, ditambah dengan harga tiket yang mahal.

“Saya tidak pasti jika kepulangan saya itu berbaloi atau tidak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya