Peluru berpandu milik Ukraine, tapi Russia yang dipersalahkan

Peluru berpandu milik Ukraine, tapi Russia yang dipersalahkan

PASUKAN forensik menyiasat lokasi jatuhnya peluru berpandu yang dipercayai dilancarkan oleh tentera Ukraine di Przewodow, Poland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRZEWODOW, Poland: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yakin serangan peluru berpandu yang menyebabkan dua orang maut di sini kelmarin, dilancarkan oleh tentera Ukraine.

Setiausaha Agung NATO, Jeneral Jens Stoltenberg berkata, kemungkinan besar peluru berpandu itu dilancarkan oleh sistem pertahanan udara Ukraine, selain menegaskan siasatan masih berlangsung.

Namun, beliau tetap menyalahkan Russia sehingga menyebabkan Ukraine melancarkan peluru berpandu tersebut sebagai ‘langkah perlindungan’.

Ukraine pula berterusan menuduh Russia yang sebenarnya melancarkan peluru berpandu tersebut.

“Saya yakin ini bukan peluru berpandu kami. Saya percaya ini adalah peluru berpandu milik Russia berdasarkan laporan ketenteraan kami,” kata Presiden Volodymyr Zelensky semalam.

Sistem pertahanan udara Ukraine diaktifkan kelmarin apabila Russia melancarkan serangan peluru berpandu skala besar.

Puluhan peluru berpandu Russia terbang menyasarkan Ukraine, namun negara itu memaklumkan mereka berjaya memintas kebanyakannya.

Insiden serangan peluru berpandu di Poland mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dunia yang ketika ini berada di Bali, Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20.

Dalam pada itu, Stoltenberg memaklumkan, NATO berharap ‘lebih banyak sistem pertahanan udara yang canggih’ dapat dibekalkan kepada Ukraine.

“Semua sekutu NATO berharap Ukraine dibekalkan dengan sistem perlindungan yang lebih canggih supaya setiap peluru berpandu Russia dapat dipintas.

“Namun, kaedah yang paling baik adalah Russia menghentikan perang ini dengan segera.

“Kami juga tidak mempunyai sebarang petunjuk serangan itu dilancarkan dari Russia, namun mereka tetap bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya