Peluru berpandu Hwasong-17 milik Pyongyang terkuat di dunia?

Peluru berpandu Hwasong-17 milik Pyongyang terkuat di dunia?

PELURU berpandu balistik antara benua, Hwasong-17 disifatkan Pyongyang sebagai senjata nuklear terkuat dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menzahirkan hasrat untuk menjadikan negaranya sebagai negara yang memiliki kuasa nuklear paling berkuasa di dunia.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis kenaikan pangkat puluhan pegawai tentera yang terlibat dalam pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara, baru-baru ini.

Lapor agensi berita KCNA, Jong-un menegaskan matlamatnya itu selepas beliau memeriksa ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-17 baharu.

Katanya, tujuan utama Pyongyang mengukuhkan kuasa nuklearnya adalah bagi melindungi maruah serta kedaulatan negara dan rakyat.

Jong-un juga menyifatkan Hwasong-17 sebagai ‘senjata strategik terkuat dunia’, selain berikrar untuk membina pasukan tentera terkuat dunia.

Peluru berpandu itu didakwa mampu sampai sehingga tanah besar AS, sekali gus mendorong Washington mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) meminta Pyongyang bertanggungjawab terhadap siri ujian peluru berpandu yang dilakukan negara itu sebelum ini.

KCNA, dalam satu laporan lain menyatakan, Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Rakyat Tertinggi Korea Utara turut menganugerahkan peluru berpandu Hwasong-17 dengan gelaran ‘Wira dan Pingat Bintang Emas DPRK serta Darjah Kebesaran Bendera Negara Kelas Pertama’.

“(Peluru berpandu) dengan jelas membuktikan kepada dunia bahawa Demokratik Republik Rakyat Korea adalah kuasa nuklear sepenuhnya yang mampu menentang ketuanan nuklear imperialis AS.

“Ini menunjukkan sepenuhnya kekuatannya sebagai negara peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) paling berkuasa,” jelas agensi berita tersebut.

KERJASAMA CHINA

Dalam perkembangan lain, Presiden China, Xi Jinping memberitahu Jong-un bahawa Beijing bersedia bekerjasama dengan Pyongyang bagi mewujudkan ‘keamanan dunia’.

Dalam mesej tersebut, Jinping menyebut China bersedia bekerjasama dengan Korea Utara dalam meningkatkan keamanan dunia, pembangunan dan kesejahteraan serantau.

Jinping menegaskan, kerjasama itu selaras dengan peredaran zaman, termasuk perubahan teknologi semasa.

PUJUKAN AS

AS sebelum ini menyatakan hasratnya mahu China menggunakan hubungan baiknya dengan Korea Utara untuk memujuk negara itu supaya tidak ‘terlalu agresif’ dalam membangunkan senjata nuklear, sekali gus menjaga keamanan sejagat.

Hal itu dinyatakan Washington selepas Pyongyang mendakwa peluru berpandu baharu buatannya mampu ‘meranapkan’ tanah besar AS dalam ‘sekelip mata’.

Siri pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang juga mendapat kritikan negara anggota PBB, namun China dan Russia mengambil sikap berkecuali. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya