Pelajar asing bakal disekat ke Britain - Utusan Malaysia

Pelajar asing bakal disekat ke Britain

BRITAIN bakal mempertimbangan rancangan untuk menyekat kemasukan pelajar asing bagi mengekang kenaikan mendadak jumlah pendatang asing.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelajar asing berkemungkinan disekat daripada memasuki Britain melainkan mereka mendapat tempat di universiti terbaik berikutan langkah terbaharu yang bakal diperkenalkan Perdana Menteri, Rishi Sunak bagi mengekang jumlah pendatang asing di negara itu.

Lapor Mail Online, Sunak dikatakan sedang mempertimbangkan langkah itu, bersama-sama dengan larangan menyeluruh terhadap pelajar luar negara yang membawa keluarga mereka bersama.

Sunak menegaskan jumlah pendatang asing akan dikurangkan dan membayangkan tindakan tegas terhadap visa pelajar selepas angka pendatang ke UK melonjak ke rekod tertinggi melebihi setengah juta tahun lalu.

Kerajaan Britain memberitahu bahawa rancangan untuk menurunkan jumlah tersebut mungkin termasuk meletakkan halangan kepada keluarga pelajar antarabangsa dan menyekat kemasukan ke universiti terkemuka.

Langkah itu selaras dengan cadangan yang diterokai oleh Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman, yang sebelum ini mengadu tentang pelajar asing yang mengambil kesempatan untuk membawa bersama ahli keluarga lain menggunakan visa pelajar mereka.

Tetapi Presiden Universiti UK, Profesor Steve West berkata, sebarang langkah untuk menyekat bilangan pelajar luar negara akan memaksa sesetengah institusi pengajian ditutup kerana banyak yang bergantung kepada pembiayaan daripada yuran pelajar antarabangsa melebihi yang dibayar oleh pelajar UK sendiri.

“Langkah itu akan menjadi bencana besar di seluruh negara terutamanya dibandar-bandar besar yang bergantung kepada universiti untuk menarik pelaburan masuk.

“Perniagaan tertarik dengan kedudukan universiti dan kita bercakap tentang berpuluh bilion pound kepada ekonomi.

“Saya rasa kita tidak mampu untuk membelakangkan industri eksport yang amat berjaya ini,” katanya.

Menurut anggaran yang disusun oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS), lonjakan itu didorong oleh faktor ‘unik’ termasuk skim visa untuk warga Ukraine dan Hong Kong serta pelajar yang tiba dari luar Kesatuan Eropah (EU).

Pendatang asing yang tiba dengan visa pelajar menyumbang bahagian terbesar migrasi jangka panjang bagi warga bukan EU, iaitu sebanyak 277,000 orang.

Canselor, Jeremy Hunt minggu lalu menegaskan bahawa migrasi pendatang asing diperlukan untuk meningkatkan pertumbuhan negara ini.

“Perlu ada rancangan jangka panjang jika kita mahu menurunkan jumlah pendatang asing dengan cara yang tidak memudaratkan ekonomi.

“Kami menyedari bahawa kami akan memerlukan migrasi untuk tahun-tahun akan datang kerana ia akan menjadi sangat penting untuk ekonomi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.