Pasangan kekasih dicekup ‘buat duit’ rakam aksi lucah - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih dicekup ‘buat duit’ rakam aksi lucah

PASANGAN kekasih yang menjalankan aktiviti merakam dan menjual video lucah mereka ditahan di Balai Polis Surabaya di Jawa Timur baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Pasangan kekasih dari Surabaya dicekup polis selepas kegiatan menjana pendapatan lumayan dengan menghasilkan dan menjual video-video aksi lucah mereka berjaya dikesan pihak berkuasa baru-baru ini.

Penangkapan dibuat selepas polis menjalankan siasatan terperinci berhubung video memaparkan aksi terlarang wanita berkebaya merah bersama seorang lelaki di sebuah hotel yang tersebar di media sosial dan hangat diperkatakan warganet di Indonesia baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Khas Jawa Timur, Komisioner Farman berkata, pegawainya menemui 92 lagi video lucah dengan pelbagai tajuk serta puluhan gambar tanpa pakaian kedua-dua suspek.

Farman berkata, kedua-dua suspek menjalankan aktiviti tidak bermoral itu sejak setahun lalu dengan merakam sendiri aksi lucah mereka dan kemudian menjual video berkenaan menerusi dua akaun Twitter milik mereka.

Suspek dilaporkan menawarkan harga mencecah jutaan rupiah bagi setiap rakaman aksi terlarang itu dan menggunakan laman Telegram untuk menghantar pautan video-video berkenaan kepada pembelinya.

“Dalam aplikasi perbualan yang kami lihat, suspek dan bakal pembeli akan membuat perjanjian harga malah pembeli juga boleh memesan tema video yang mereka inginkan.

“Berdasarkan kenyataan suspek, pembeli video mereka bukan sahaja dari dalam negara, malah luar negara juga. Mereka menjalankan aktiviti ini dengan bergilir-gilir mengambil gambar menggunakan telefon bimbit,” kata Farman.

Pasangan itu didakwa atas kesalahan merakam serta menyebarkan bahan pornografi dan bakal berdepan hukuman penjara melebihi lima tahun.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya