Misteri kematian Bruce Lee terungkai - Utusan Malaysia

Misteri kematian Bruce Lee terungkai

BRUCE Lee meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 20 Julai 1973. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan doktor mendakwa aktor Hong Kong, mendiang Bruce Lee mungkin meninggal dunia akibat minum terlalu banyak air.

Pakar penyelidik membuat dakwaan demikian kira-kira 50 tahun selepas legenda seni mempertahankan diri itu meninggal dunia.

Lapor Daily Mail, bintang Hollywood itu meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 20 Julai 1973 ketika berada di Hong Kong.

Laporan bedah siasat pada ketika itu menunjukkan Bruce meninggal dunia akibat bengkak otak yang berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit.

Berita kematian Bruce mencetuskan khabar angin kononnya beliau mungkin dibunuh oleh samseng Cina, diracun oleh kekasih yang cemburu atau menjadi mangsa sumpahan.

Malah, tular teori lain pelakon itu meninggal dunia akibat strok haba.

Kini, para penyelidik mengkaji bukti dan memutuskan bahawa Bruce sebenarnya mungkin meninggal dunia akibat hiponatremia.

“Dalam erti kata lain, kami mencadangkan ketidakupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan lebihan air menjadi punca kematian Bruce,” jelas kumpulan penyelidik itu dalam Clinical Kidney Journal.  

Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya.

Ketidakseimbangan boleh menyebabkan sel dalam badan membengkak termasuk bahagian otak.

Kajian itu mendakwa Bruce mempunyai pelbagai faktor risiko untuk menghidap hiponatremia termasuk meminum cecair berlebihan dengan menggunakan kanabis serta faktor lain mengurangkan keupayaan fungsi buah pinggang seperti pengambilan ubat preskripsi dan alkohol.   

Sebelum ini, isteri mendiang, Linda pernah mendedahkan bagaimana Bruce mengamalkan diet berasaskan cecair iaitu jus epal dan lobak merah sebelum kematiannya.  

Bruce yang dikenali sebagai Master of kungfu dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat, tetapi dibesarkan di Kowloon, Hong Kong.

Beliau didedahkan ke layar perak sejak kecil oleh bapanya yang juga bintang opera kantonis terkenal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya