Mauna Loa meletus pertama kali dalam tempoh 40 tahun - Utusan Malaysia

Mauna Loa meletus pertama kali dalam tempoh 40 tahun

IMEJ pemandangan dari udara menunjukkan aliran lahar di zon keretakan timur laut Mauna Loa di Hawaii. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Gunung berapi aktif terbesar di dunia dilaporkan meletus buat pertama kali dalam tempoh hampir 40 tahun.

Mauna Loa di Hawaii meletus, dengan memuntahkan lahar panas dan abu dalam paparan alam semula jadi yang menakjubkan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berkata, aliran lahar kelihatan di atas gunung berapi, mengeluarkan kepulan asap dan wap besar di puncak Mauna Loa terletak di Big Island.

Bagaimanapun, letusan itu mencetuskan amaran bahawa situasi boleh berubah dengan cepat.

Berdasarkan laporan Kajian Geologi AS (USGC), tekanan semakin meningkat di Mauna Loa selama beberapa tahun.

USGC melaporkan letusan itu boleh dilihat dari jarak 72 kilometer (km) di bandar Kona, pantai barat pulau utama Hawaii.

Letusan yang bermula sejurus sebelum tengah malam pada Ahad lalu, pada mulanya masih terkawal di puncak Mouna Loa.

Namun, pakar gunung berapi kini memaklumkan lahar semakin terlepas dari retakan di sisinya dan boleh membahayakan kawasan sekitar.

“Letusan Mauna Loa beralih dari puncak ke zon keretakan timur laut yang mana rekahan dipenuhi beberapa aliran lahar,” kata USGC di laman sesawangnya.

Menurut agensi itu, ketika ini tiada ancaman kepada penduduk yang tinggal di bawah zon letusan, namun memberi amaran keadaan gunung berapi itu tidak menentu.

“Berdasarkan beberapa peristiwa lalu, peringkat awal letusan zon keretakan Mauna Loa boleh menjadi sangat dinamik dan lokasi serta gerakan aliran lahar juga mampu berubah dengan cepat,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya