Lelaki Malaysia ganggu PM Singapura dituduh di mahkamah - Utusan Malaysia

Lelaki Malaysia ganggu PM Singapura dituduh di mahkamah

LEE HSIEN LOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 44 tahun didakwa semalam kerana sengaja menyebabkan gangguan kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, dengan mengugut untuk membakar firma teknologi Seagate Singapore.

Chai Fui Chet didakwa membuat komunikasi ugutan itu melalui Facebook Messenger kepada Hsien Loong pada 7 November lalu, kira-kira pukul 1.51 petang di bangunan Istana.

Rakyat Malaysia itu bakal menghadapi satu pertuduhan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan.

Dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental untuk pemeriksaan perubatan dan akan kembali ke mahkamah pada 9 Disember ini.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, denda sehingga SGD$5,000 (RM16,274), atau kedua-duanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya