Lelaki ‘huni’ lapangan terbang Paris selama18 tahun meninggal dunia

Lelaki ‘huni’ lapangan terbang Paris selama18 tahun meninggal dunia

MEHRAN Karimi Nasseri mula menetap di lapangan terbang Charles de Gaulle pada 1988. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang lelaki warga Iran yang ‘menghuni’ lapangan terbang Paris selama 18 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 77 tahun.

Mehran Karimi Nasseri menjadikan ruang kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle sebagai rumahnya pada tahun 1988 selepas kehilangan dokumen yang mengesahkan statusnya sebagai pelarian.

Pengalaman yang dilalui oleh lelaki itu mencetuskan inspirasi filem ‘The Terminal’ lakonan Tom Hanks yang diterbitkan pada 2004, ketika Mehran Karimi masih berada di lapangan terbang tersebut.

Pada 2005, lelaki itu dibayar lebih AS$300,000 (RM1.38 juta) sebagai hak terhadap kisahnya dan terdapat laporan menyatakan Mehran Karimi menggunakan duit tersebut untuk mendapatkan kerakyatan Britain untuk memulakan hidup baharu.

Biarpun lelaki itu dibenarkan tinggal di Perancis pada 1999, Mehran Karimi tetap kembali ke lapangan terbang tersebut beberapa minggu kemudian sehinggalah dua menghembuskan nafas terakhir.

Dia dilahirkan pada 1945 di Khuzestan, Iran dan Mehran Karimi terbang ke Eropah pada 1980-an untuk mencari ibunya.

Dia yang diusir dari London, Amsterdam dan Berlin kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah menyebabkannya menjadikan Terminal 2F di Lapangan Terbang Charles de Gaulle sebagai rumahnya.

Sebahagian besar masanya digunakan menulis kisah hidupnya dan menulis serta membaca akhbar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya