Lebih 50 negara miskin tidak mampu lunas hutang, berisiko muflis

Lebih 50 negara miskin tidak mampu lunas hutang, berisiko muflis

SRI Lanka mengisytiharkan muflis selepas tidak mampu membayar hutang luar negara yang terlalu tinggi hingga mencetuskan rusuhan rakyat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHARM EL-SHEIKH: Lebih daripada 50 negara membangun termiskin berdepan ancaman muflis jika gagal mendapatkan bantuan segera daripada negara kaya untuk melunaskan hutang-hutang mereka.

Menurut Ketua Pembangunan Global Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Achim Steiner, inflasi, krisis tenaga dan kenaikan kadar faedah menarik banyak negara ke dalam zon bahaya ini sekali gus membawa bencana besar kepada rakyat.

“Ketika ini terdapat 54 negara dalam senarai kami dan jika dunia berdepan lebih banyak kejutan pastinya negara-negara ini tidak mampu membayar hutang mereka.

“Keadaan ini akan mencipta senario sama seperti di Sri Lanka yang terjerumus ke dalam perselisihan sivil bersama pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik.

Steiner turut memberi amaran sesetengah negara membangun mungkin berputus asa dengan rundingan iklim PBB jika kerajaan negara maju gagal menyumbang AS$100 bilion (RM464 bilion) setahun seperti dijanjikan dalam rundingan itu.

Bercakap pada sidang kemuncak iklim PBB COP27, Steiner menegaskan, dana tersebut amat diperlukan negara membangun untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menyesuaikan diri dengan kesan cuaca ekstrem.

“Krisis iklim menambahkan lagi masalah, kerana negara-negara menghadapi peningkatan kesan daripada cuaca melampau. Tanpa langkah untuk membantu mereka menyelesaikan hutang, negara-negara miskin tidak dapat menangani krisis iklim.

“Negara-negara miskin juga tidak menerima pembiayaan yang dijanjikan daripada dunia kaya, menyebabkan mereka berdepan bahaya ribut, banjir, kemarau dan gelombang panas yang semakin meningkat,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.