Kertas soalan bocor, lebih 200 pelajar universiti terpaksa duduki semula ujian - Utusan Malaysia

Kertas soalan bocor, lebih 200 pelajar universiti terpaksa duduki semula ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lebih 200 pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) perlu mengambil semula ujian akhir mereka selepas kertas peperiksaan disiarkan di platform pembelajaran pelajar sebelum ujian bermula.

Ujian akhir kursus Psikologi Biologi berlangsung pada 7 November lalu dan kebanyakan pelajar mengambil ujian mereka di dewan kuliah.

Pengerusi Bersekutu (Akademik) di Pusat Pengajian Sains Sosial NTU, Profesor Madya Chia Wai Mun berkata, pelajar yang dijangkiti Covid-19 mengambil ujian tersebut secara dalam talian yang ditadbir oleh pejabat sarjana muda.

“Semua pelajar mengambil kertas yang sama dan bermula serentak.”

Bagaimanapun, NTU kemudiannya mengetahui bahawa kertas ujian itu ditemui pada platform pembelajaran pelajar sebelum ujian bermula.

“Kami sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami memohon maaf kepada pelajar kerana terpaksa mengambil semula ujian, tetapi tindakan ini perlu untuk memastikan keadilan kepada semua orang.

“Pihak sekolah telah menghubungi pelajar yang terjejas, dan secara amnya, mereka menerima bahawa ujian semula adalah satu perkara yang adil. Pihak sekolah bekerjasama dengan pelajar pada tarikh yang sesuai,” jelas Wai Mun.

NTU mengesahkan 218 pelajar terjejas dan sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur peperiksaan termasuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelak kejadian serupa berulang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya